Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Slim Village mula beroperasi di Kampung  Piong  pada  tahun  1892  dengan seramai 50 orang murid. Pada tahun 1934, telah dibina sebuah bangunan  yang mempunyai 5 kelas bagi menampung seramai 70 orang murid bagi darjah 1 hingga darjah 5 dan tenaga pengajar seramai 4 orang termasuk seorang Guru Besar Lulusan Sultan Idris Training Collage (SITC) yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI).

Perubahan dalam dunia pendidikan turut memberi suatu perubahan kepada SKSV, pada tahun 2005 kelas Pra Sekolah telah mula diwujudkan. Bermula 2007, SK Slim Village mula diterajui oleh Pn Hjh Jamilah bt Ismail. Pada 2010 jumlah murid telah menjangkau 300 orang, 36 orang guru dengan 8 orang staf sokongan yang  turut sama berganding bahu membangunkan SKSV.

Kelas Pendidikan Khas mula diwujudkan pada tahun 2006 khusus untuk anak-anak istimewa. Pada tahun ini guru-guru dan staf sokongan berazam untuk membangun dan memajukan sekolah demi untuk anak bangsa sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment